Jom baca sedikit perkongsian buat motivisi bersama :-)
Semasa menengah atas, saya ambik matapelajaran matematik
tambahan.
Asal sebut sahaja matematik tambahan, mesti muka kelat ja
semua masa tu.
sebab apa?
Boleh bilang dengan jari berapa orang sahaja yang lulus dan muka-muka yang sama sahaja yang lulus pun.
Saya pula, lulus pun lepas-lepas sahaja.
sebab apa?
Boleh bilang dengan jari berapa orang sahaja yang lulus dan muka-muka yang sama sahaja yang lulus pun.
Saya pula, lulus pun lepas-lepas sahaja.
Ada seorang rakan kelas saya ni, dia maintain sahaja. Memang
selalu lulus dan agak menyenagkan markahnya. Jadi, saya teringinlah nak tahu
macam mana dia study Addmaths ni.
Satu hari saya minta nak pinjam buku latihan dia. Buku
latihan yang kedai jual ada past year tu. Masa ni semua ada buku latihan tu
sebab cikgu kumpul beli untuk satu kelas.
Sangkaan saya, mestilah habis latihan dalam buku tu dia
buat. Rupanya tidak. Kosong banyak daripada yang sudah buat. Pelik saya masa
tu.
Saya meneruskan misi nak tahu macam mana dia boleh terror addmaths.
Sehinggalah satu hari saya tengok dia sedang tolong tunjuk cara nak buat soalan pada kawan
kelas yang tanya dia. Banyak soalan yang berjawab dalam buku latihan kawan yang
tanya tu, adalah tulisan dia.Bukan tulisan pemilik buku pun.
Saya tengok buku beberapa orang kawan kelas, banyak dengan tulisan dia.
Saya tengok buku beberapa orang kawan kelas, banyak dengan tulisan dia.
Ha! Terjawab lah, dia banyak KOGSIKAN ILMU DIA, dia buat
latihan dengan mengajar kawan-kawan lain. Itulah rahsia dia yang saya nampak.
#Saya kongsikan kisah ini buat motivasi kepada kita semua.
Ada ilmu kena amal, kena kongsikan. Maka akan terhasil ‘practice make perfect’
secara tak langsung di situ kan???
:: LABu Hijau/RR Craft::
:: LABu Hijau/RR Craft::