Sunday, July 22, 2012

"DIA" memang ADIL..


Salam Ramadhan Al Mubarak. Alhamdulillah,Allah masih memberi kesempatan buat kita bertemu dengan bulan Ramadhan. Moga ada peningkatan dalam diri seorang individu muslim dalam melalui bulan penuh maghfirah. Jika masa kecil motivasi berpuasa sebab nak dapat duit raya, masa sekarang motivasikan diri dengan rasa takwa.

Sakit

Dalam kita melalui bulan Ramadhan ini, moga kita tidak henti-henti menggali hikmah yang ada dalam kehidupan ini. Pagi tadi dapat mesej ucapan salam Ramdhan dari adik kampus saya. Sempat saya bertanya keadaan ayahnya yang sedang sakit.

Saya bertanya, “ayah dapat puasa tak dik?”
Jawabnya, “tak dapat kak”

Kita sedia maklum, Islam agama yang syumul. Yang benar-benar sakit, awal-awal lagi Allah sudah membolehkan mereka tidak berpuasa dan menganti dgn membayar fidyah. Jika dilihat, diamati, betapa Adilnya DIA. Islam agama yang memudahkan, bukan menyukarkan umatnya.

Sahur

Bersahur adalah  perkara yang membezakan puasa umat nabi Muhammad S.A.W. dengan umat terdahulu. Pakej  yang disediakan. Untuk menahan perut tanpa makanan selama 12 jam, memang perlu bekalan. Sahur melalui kajian saintifik, adalah menepati waktu bersarapan pagi. ‘Breakfast is the king’. Kenapa? Sebab kajian semasa menunjukkan makanan paling utama dalam sehari adalah sarapan pagi. Sahur ini juga secara tak langsung menjadi sebab untuk kita bangun solat malam. Bagi yang lupa nak niat puasa pada waktu malam pun sempat lagi, boleh niat masa bangun sahur. DIA memang adil, menurunkan perintah puasa beserta persediaannya.

Lailatulqadar

Malam Lailatulqadar, satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam ini tiada pada bulan yang lain. Ada pada bulan Ramadhan. Pada bulan ini, surau yang tidak pernah diimarahkan kembali hidup. Kaki yang berat melangkah bersolat jemaah menjadi ringan. Badan yang selesa atas tilam empuk  bangun bersahur,solat tahajjud. AllahuRabbi…DIA anugerahkan malam lailatulqadar buat yang benar-benar merasai keEsaan-Nya,yang ikhlas dan bersugguh terhadapnya. DIA memang adil, memberi anugerah bagi yang melipatgandakan amalan.

Akhir kata, Allah Maha Adil terhadap hambanya. DIA yang menciptakan kita. Yang mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Carilah hikmah di setiap sisi kehidupanmu!



 ~Madrasah Ramadhan~
  

Thursday, July 19, 2012

KATA APA-APA

   Ketika bertemu seseorang ,riak wajahnya terlebih dahulu  terpancar. Sekiranya yang ditemui sedang menangis, kita pasti akan mengatakan bahawa orang itu sedang bersedih. Jika orang itu sedang ketawa, tentu sekali akan dikatakan dia sedang gembira. Hebat sekali Allah ciptakan komunikasi perasaan. Meskipun tanpa berkata apa-apa,sudah ada anggapan yang boleh dibuat. Satu  lagi kehebatan komunikasi ini,jika yang ditemui itu berbahasa asing. Sudah tentu komunikasi bahasa antara kita dan dia mungkin tidak dapat difahami. Dengan komunikasi perasaan sahaja, keadaan dia sudah dapat kita fahami. Nah!  komunikasi perasaan itu tidak perlu pada pemahaman antara dua bahasa. Tidak perlu kepada kata apa-apa.

Namun, itu hanya anggapan awal. Mana mungkin akan diketahui kenapa orang yang ditemui itu sedang begitu. Pasti membuak di  dada mahu diketahui apa puncanya,apakah isi yang ingin disampaikan tanpa perlu kepada kata apa-apa.

“Jangan buat apa-apa, jangan cakap apa-apa,jangan jadi sesiapa, jika anda takut di Kritik ” [1]  

Inilah perkara sebenar yang ingin saya kongsikan. Lumrah kehidupan manusia, sebelum melakukan sesuatu,  kebiasaannya akan ada monolong dalaman. Adanya kebarangkalian positif dan negatif. Kebarangkalian positif itu tiada masalah, akan menjadi momentum untuk lekas melakukannya. Akan tetapi, kewujudan kebarangkalian negatif yang menjadi peragut momentum. Peragut itulah yang saya namakan ‘kritikan’. Kritikan pula ada yang secara berhadapan dihambur bagai percikan bunga api. Indah kelihatan tetapi bila terkena pedih terasa. Tidak ketinggalan kritikan yang secara senyap. Cukup sekadar mencebik bibir,yang terkena makan dalam dibuatnya.

Diari Kritikan.  

Hari-hari berhadapan dengan berbagai manusia. Ada sahaja yang kena dan tidak kena dilalui.

“ saya  duduk depan dalam kelas,tapi kawan-kawan cakap saya skema,nak bodek pensyarah”

“ saya nak tanya soalan masa dengar kuliah ustaz, tapi malu. Nampak yang saya kurang ilmu ”

“ saya nak pergi solat sunat Dhuha masa break minum pagi kat office, tapi kawan-kawan office cakap saya alim sangat ”

“ saya nak tegur student saya supaya berpakaian sopan menutup aurat masuk kelas saya,tapi student jadi tak suka saya,cakap saya strict sangat”

“saya beritahu makcik kat kampung saya, jangan terus percaya apa yang TV cakap pasal pembangkang dan kerajaan. Tapi mereka semua penyokong tegar. Mereka cakap saya tak kenang jasa orang dulu”

Saya yakin anda punyai diari kritikan tersendiri. Sebagai seorang pelajar,pekerja,pengajar,ahli masyarakat, dimana-mana ada kritikan. Inilah peragut yang bisa melenyapkan atom-atom kebaikan untuk bebas bergerak.

Kebebasan dari diragut.

Mari kita mencari uraian-uraian atom bagi membebaskan diri dari diragut kritikan. Bukan sekadar mahu menyebut diari-diari di atas. Tetapi bagaimana penyelesaiannya?
Anda perlu kepada buat apa-apa. Anda perlu kepada gerakan mulut bercakap apa-apa. Anda perlu pembinaan identiti untuk menjadi sesiapa. Meskipun kritikan, persoalan dan anggapan  sedang menari-nari di monitor minda. Allah menciptakan kita bersebab,bukan main-main. Kita adalah makhluk ciptaan Allah yang mutlak.

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar beribadah kepada-Ku” (Az-Zariyat:56)

Kita berasa takut untuk berbuat apa-apa kerana takut pada kritikan. Tetapi bagaimana kita hendak menjadi manusia yang beribadah kepada Allah kalau tidak melakukan apa-apa. Ibadah bukan hanya solat,puasa,sedekah tetapi mencakupi seluruh kehidupan kita. Perlu untuk kita nyatakan yang benar. Yakni melakukan usaha-usaha untuk diri dan manusia lain kepada kebaikan dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Membina Perisai Diri.

Bercakap memang mudah. Semudah A,B,C. Tetapi bila  hendak buat apa-apa bukan semudah bercakap. Teorinya tidak semudah praktikal. Khuatir pada penerimaan rakan-rakan,jiran tetangga, ahli keluarga terhadap apa yang kita buat. Seboleh mungkin mahu mereka menerima secara baik. Mahu mereka beri kritikan positif. Namun, harus bagaimana kalau belum di buat hendak tahu penerimaannya? Maka dengan itu, membina perisai itu salah satu inisiatifnya. Setiap hari kita solat, berdoa pada Allah.  Surah yang wajib dibaca ini punyai doa buat kita.

“Tunjukilah kami jalan yang lurus” (Al-Fatihah :6)

Kita pinta pada Allah jalan yang lurus. Iaitu jalan hidup yang benar, yang dapat membahagiakan di dunia dan juga di akhirat. Andai jalan-jalan yang akan kita lalui akan datang, dapat kita lihat. Sudah pasti akan kita bina pagar-pagar menahan kita daripada tersasar daripada  landasan jalan yang lurus itu. Doa ini lah yang boleh kita jadikan perisai daripada tersasar dalam melakukan sesuatu. Yang utamanya, pasakkan keyakinan kita pada Allah.


Letupan momentum.

Anda pasti ada perkara-perkara yang mahu dilakukan. Namun terbatas kerana kritikan manusia. Ayat lebih mudah saya katakan, orang mengata, orang pertikaikan. Andai kemahuan yang baik, letakkan kritikan manusia dibelakang. Halakan keinginan yang baik,cita- cita yang murni kerana Allah ke hadapan. Gapailah bintang-bintang kejora yang indah buat diri. Kritikan dan  ujian itu sememangya ada pada tingkat-tingkat kehidupan yang kita lalui. Ada tingkat yang mudah didaki. Ada yang perlu penat lelah untuk sampai ke puncak.

“Telur ayam kalau menetas, dapat  anak ayam. Kalau dipecahkan dan digoreng,dapat telur mata. Kalau dibiar, cengkerang akan pecah,akan jadi telur busuk.”

Kenapa analogi ini saya berikan?
Jika ada kemahuan untuk melakukan sesuatu yang baik, cita-cita yang murni, lakukanlah ketika lembar usia yang ada ini. Macam telur ayam, hasil yang baik akan dapat jika ditetaskan dengan baik. Ditetas pada masa yang betul,pada tujuan yang baik. Kalau dibiarkan jadi telur busuk, anda sudah mensia-siakan kebaikan daripada telur ayam itu. Begitu juga kalau keinginan baik yang tidak dilaksanakan kerana takut dikritik akan berkarat dalam minda. Terbuku begitu sahaja tanpa manfaatnya terutama pada diri anda. Ibu ayam pun perlu lalui cabaran sebelum menetaskan telur. Diperam dengan penuh sabar dan  dijaga daripada binatang lain yang mengintai-intai telur untuk dijamah. Keluarlah dari cengkerang minda yang disempitkan oleh kritikan. Keluarlah seperti kicau riang anak-anak ayam yang menetas daripada cengkerang telur ke dunia luar. Dunianya  yang selama ini di dalam cegkerang kini luas di depan mata.

                                                              


Penutup kepada bicara kritikan ini, jadikan kritikan ujian hidup. Ujian yang perlu dilalui secara positif. Bina persepsi yang betul tentang kehidupan. Anggap kritikan sebagai “learnig process” (proses pendidikan). Proses menjalani pendidikan kehidupan. Tentu sekali dalam melaui proses kehidupan ini anda dan saya  pernah gagal,pernah sakit, pernah sedih, pernah terima pelbagai kritikan. Jadikanlah proses ini sebagai momentum ke arah kebaikan akan datang.

“ Kritikan daripada orang zalim ialah sumber kekuatan untuk orang yang ingin berjaya. Kritikan tersebut umpama kempen percuma, iklan terhormat dan pemberitahuan tentang kebijaksanaan seseorang.” [2]

Ayuh! Orakkan langkah. Lupuskan rasa lemah kerana kritikan. Neutralkan kritikan menjadi atom-atom positif kebaikan. Jadilah sesiapa, buatlah apa-apa,katalah apa-apa. Apa yang penting,buatlah kerana Allah.





-::rauzah razak@labu-hijau::-   
5/7/12.


[1] Dr.’Aidh Abdullah Al-Qarni; Kunci Kejayaan Minda

[2] Dr.’Aidh Abdullah Al-Qarni; Kunci Kejayaan Minda.

Tuesday, July 10, 2012

Bedah Buku: Mengapa Rasullulah Tidak Pernah Sakit



Tajuk buku : Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit.
Penulis : DR.Adi Hashman.

Isi buku ni dibahagikan kpd 2 konsep. Yang pertama ‘ápa & mengapa’; iaitu hikmah kesihatan disebalik setiap perintah agama dan kehidupan Rasulullah. Yang kedua, aplikasi dalam kehidupan iaitu ‘bagaimana’ menjalani kehidupan yg sihat. Ada 10 bab, dan lampiran yang bermanfaat. Cover depan buku ni pun cantik.sejuk mata tengok.

Kalau menurut buku ni, Rasullah hanya pernah sakit sebanyak 2 kali iaitu Rasulullah tidak lebih drpd kehilangan nafsu makan yang dialaminya pd tahun ke-6 Hijrah. Ketika tu tersiar berita bohong betapa baginda disihir oleh org Yahudi. Satu lagi penyakit ialah terpaksa berbekam selepas termakan daging beracun pada tahun ke-7 Hijrah.Namun, mungkin penulis ada pengkelasan tersendiri berkaitan penyakit. Ada juga dinyatakan yang Rasulullah juga pernah terluka semasa peperangan.


  Klu tengok kita saat ni, susah nak ada yang sakit hanya dua kali. Malah yang bertugas dlm dunia kesihatan sekalipun tak mempunyai status kesihatan yang istimewa seperti nabi. Bila kita lihat, peranan doktor perubatan hari ni banyak tampil sebagai ‘pengubat’ berbanding sebagai  ‘penganjur' kehidupan sihat.

Namun tiada salahnya kita mendapat sakit, asalkan kita tidak sakit-sakit. Lumrahnya,sekali kita sudah berpenyakit,kita akn sentiasa rasa tak senang. Poin terpenting adalah kemampuan tubuh kita utk pulih semula apabila penyakit datang kpd kita.

“ Kesihatan adalah nikmat tersembunyi, bagaikan mahkota di atas kepala orang sihat dan hanya dapat dilihat oleh orang sakit ”

Betapa nikmatnya kesihatan yg baik. Ketika seorang sahabat,Abu Darda’ bertanya,
“Ya Rasulullah, apabila saya sembuh daripada penyakit saya dan saya bersyukur kerananya ,apakah itu lebih baik daripada saya sakit dan menanggung kesabarannya?

Rasulullah menjawab, “Rasul mencintai kesihatan sama seperti engkau menyenanginya ”.

Dalam buku ni menyentuh konsep kesihatan, tip kesihatan,manfaat wuduk dlm perubatan,makanan yang dipuji oleh Al-Quran dan Hadis,kesan puasa,hikmah perubatan gerakan solat, tidur yang sihat, tip kesihatan daripda negara lain dan bab terakhir, umur kepasrahan. 

Sbg momentum utk kita bersemangat nk jalani Ramdhan tahun ni, saya nk fokuskan  bab4 dlm buku ni. Tajuk bab 4:  Puasa itu menyihatkan. Tidak pernah ditemui lagi org yg mati ataupun jatuh sakit akibat berpuasa di bulan Ramadhan. Sebab bagi yang benar-benar sakit awal-awal lagi Allah sudah membolehkan mereka tidak berpuasa dan menganti dgn membayar fidyah. Bagi yg sihat, menunda makan selama 12 jam adalah bukan hal yg membahayakan kesihatan tapi sebenarnya cukup menyenagkan tubuh bahkan memberi manfaat kesihatan.

Kesan Puasa Kepada Organ-Organ Penghadaman.

Sistem organ yg dipengaruhi apabila berpuasa adalah saluran penghadaman,pencernaan dan fungsi metabolik badan. Sistem saluran penghadaman sebenarnya tak pernah berhenti bekerja. Bererti bila kita makan 3 kali sehari,sebenarnya ‘perut’ kita memg tak pernah berehat. Jadi,kalau untuk penyembuhan tubuh  tindakan merehatkan saluran penghadaman sementara waktu dapat mengalihkan sebahagian tenaga yang digunakan 24 jam bagi proses pencernaan kepada penyembuhan tubuh. Kalau kita demam atau sakit apa2, mesti tak lalu nak makan kan.sebbnya mekanisme natural tubuh kita akan difokuskan pada sistem imum dan tidak dipakai dalam sistem penghadaman dan pencernaan.
Tubuh kita perlukan masa utk berehat dan mengalami regenerasi, iaitu menggantikan sel-sel yang sudah lama dengan sel yang baru. Regenarasi yang berlaku dgn optimum,efektif,efisien dan pada kadar yang tetap adalah prasyarat tubuh yang sihat dan terpelihara dgn baik.

Fungsi Kerja Perut.

Kerja keras yang pertama sekali dilakukan dlm sistem penghadaman bermula di perut. Perut ibarat suis ‘on’ bagi rentetan proses peghadaman berikutnya. Bila makanan yg banyk masuk dalam perut, perut akan bekerja keras dan kesan kerja keras tu akan nampak pada organ lain. Jantung cepat mengepam darah dan diameter arteri darah mula melebar. Hati pun kena naikkan metabolisme utk meneutralkan bahan beracun yanag  masuk bersama makanan. Beban yang berat untuk organ kita ni boleh dikurangkan apabila perut diberi kesempatan ‘beristirehat’.  Tepat sekali apabila Rasulullah mengatakan, ‘’ perut itu gudang penyakit’’. Perut ruang terbuka, menjadi pintu masuk bagi pelbagai penyakit. Puasa Ramadhan klu dari segi kesihatan adalah saat di mana kita dapat merehatkan saluran penghadaman dan percernaan kita. Begitu juga klu puasa sunat yang lain.

Alam Turut Berpuasa.

Bg cth ni la,mesti senang nak faham. Ular berganti kulit baru dan tumbuhan memunculkan daun-daun yang baru dan lebih segar selepas ‘mogok lapar’. Ular klu nk berganti kulit kan dia duk bertapa ja x makan pun. Selepas melakukan ‘mogok lapar’ ni makhluk2 ni sebenarnya menjalani peremajaan sel.

Kesan Biokimia Berbuka Dengan Kurma.

Rasulullah berbuka dgn 3 butir kurma dan segelas air kosong. Amalan ni cukup menarik dari segi tinjauan biokimia.Kurma mengandungi monosakarida, berbeza dengan tepung ataupun nasi yang mengandungi karbohidrat berbentuk polisakarida. Tenaga dlm kurma sudah siap dan tinggal diserap oleh saluran pencernaan. Dgn menambil kurma, perut tak terbeban dgn makanan yang keras-keras. Slps seharian perut diberi kesempatan melakukan regenerasi sel ,jd x blh la bebankan dgn kerja berat lagi sebab sel baru lagi.
Kurma juga ada nilai kalori yang tinggi, bermanfaat bagi otak, meningkatkan aras gula dalam darah secara perlahan-lahan dan mengurangkan rasa lapar dengan segera.

Lastly dlm bab 4 ni, penulis sentuh Tip – Tip Diet. Macam- macam tip yg  selalu kita dengar kan. Ni antara tip dalam buku ni.

~ Isilah perut dgn 1/3 makanan,1/3 minuman dan 1/3 dengan udara dan berlatihlah bagi merasakan sensasi berhenti makan sebelum kenyang.

~ pastikan kurang daripada 10 % total kalori harian berasal daripada lemak tepu dan kurang drpd 300mg kolertrol setiap hari. Lebihkan lemak tidak tepu dan asid lemak tidak tepu mono sprt sumber ikan,minyak sayur dan kacang.

~ minun 3 gelas susu ataupun produk susu yg bebas ataupun rendah lemak setiap hari.

~ tingkatkan pengambilan kalium drpd sumber buah dan sayur.

~ gunakan minyak zaiton sekiranya boleh. Minyak zaiton ni mengandungi kandungan lemak yang bermutu tinggi.

** Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramdhan**
p/s: kpd yg bertambah aset tu..selamat beramal..=)

Setakat ni yg dapat saya kongsikan isi dlm buku ni. Banyak lagi input yang saya dapat dalam buku ni. Ada nilai tersendiri bagi diri ini. Kpd pembaca, andai diuji dgn penyakit apa sekalipun,jgn pernah rasa putus asa untuk berusaha ke arah kesembuhan.  Sama-sama kita bercita-cita menyonsongkan hari tua kita dengan kesihatan,keadaan  fizikal serta mental seoptimum yang mungkin.Pesan Rasulullah;

 “ Sebaik-baik manusia adalah yang berumur panjang dan paling bermanfaat untuk orang lain”




~Ahlan Wasahlan ya Ramadhan~