Sunday, July 22, 2012

"DIA" memang ADIL..


Salam Ramadhan Al Mubarak. Alhamdulillah,Allah masih memberi kesempatan buat kita bertemu dengan bulan Ramadhan. Moga ada peningkatan dalam diri seorang individu muslim dalam melalui bulan penuh maghfirah. Jika masa kecil motivasi berpuasa sebab nak dapat duit raya, masa sekarang motivasikan diri dengan rasa takwa.

Sakit

Dalam kita melalui bulan Ramadhan ini, moga kita tidak henti-henti menggali hikmah yang ada dalam kehidupan ini. Pagi tadi dapat mesej ucapan salam Ramdhan dari adik kampus saya. Sempat saya bertanya keadaan ayahnya yang sedang sakit.

Saya bertanya, “ayah dapat puasa tak dik?”
Jawabnya, “tak dapat kak”

Kita sedia maklum, Islam agama yang syumul. Yang benar-benar sakit, awal-awal lagi Allah sudah membolehkan mereka tidak berpuasa dan menganti dgn membayar fidyah. Jika dilihat, diamati, betapa Adilnya DIA. Islam agama yang memudahkan, bukan menyukarkan umatnya.

Sahur

Bersahur adalah  perkara yang membezakan puasa umat nabi Muhammad S.A.W. dengan umat terdahulu. Pakej  yang disediakan. Untuk menahan perut tanpa makanan selama 12 jam, memang perlu bekalan. Sahur melalui kajian saintifik, adalah menepati waktu bersarapan pagi. ‘Breakfast is the king’. Kenapa? Sebab kajian semasa menunjukkan makanan paling utama dalam sehari adalah sarapan pagi. Sahur ini juga secara tak langsung menjadi sebab untuk kita bangun solat malam. Bagi yang lupa nak niat puasa pada waktu malam pun sempat lagi, boleh niat masa bangun sahur. DIA memang adil, menurunkan perintah puasa beserta persediaannya.

Lailatulqadar

Malam Lailatulqadar, satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam ini tiada pada bulan yang lain. Ada pada bulan Ramadhan. Pada bulan ini, surau yang tidak pernah diimarahkan kembali hidup. Kaki yang berat melangkah bersolat jemaah menjadi ringan. Badan yang selesa atas tilam empuk  bangun bersahur,solat tahajjud. AllahuRabbi…DIA anugerahkan malam lailatulqadar buat yang benar-benar merasai keEsaan-Nya,yang ikhlas dan bersugguh terhadapnya. DIA memang adil, memberi anugerah bagi yang melipatgandakan amalan.

Akhir kata, Allah Maha Adil terhadap hambanya. DIA yang menciptakan kita. Yang mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Carilah hikmah di setiap sisi kehidupanmu!



 ~Madrasah Ramadhan~
  

2 comments:

  1. simple tapi memberi kesan...
    kirim salam kat adik depan yg bawa basikal tu =)

    ReplyDelete