Tolakan troli membawa cadar, selimut, kain linen memberi
signal pagi buat penghuni wad Orthopedik. Seragam berbaju putih siap sedia
dengan tugas pagi mereka. Mengemas katil pesakit, menggantikan persalinan baru
buat pesakit. Pesakit dengan seragam hijau pula, yang boleh menggagahkan diri
bangun memberi ruang kepada para jururawat. Pesakit dirapikan sebelum para ber
kot putih ‘round’ memeriksa keadaan pesakit.
Saat yang mendebarkan pesakit
setiap hari di wad. Pelbagai tekaan bermain di minda.
Semakin sembuh kah? Semakin sakit kah? Apakah pula rawatan selepas ini?
Kisah Mereka.
Makcik Adawiyah sudah hampir sebulan menghuni rumah
beraroma ubat itu. Dia terlibat dalam kemalangan ketika mahu ke kedai. Sebuah
van melanggarnya. Betis kanannya patah dan terdapat luka-luka. Besi- besi tegak
tercacak di kaki. Akibat lama tidak bergerak, jari ibu kakinya sudah kelihatan
kehitaman. Darah tidak sampai ke situ.
Di tambah usianya yang sudah warga emas, juga menghidap penyakit kencing
manis dan darah tinggi. Dugaan kesakitan yang berat buatnya.
Jika dia perlukan bantuan untuk minum air atau mengubah
posisi bantal atau sebagainya, sesiapa sahaja yang melewati katilnya dipanggil
meminta pertolongan. Timbul persoalan, tiadakah anak-anaknya yang menunggu
menjaganya?
Suatu malam, dia memanggil jururawat minta disalin
pampersnya. Lama ditunggu. Selepas beberapa ketika datang 2 orang jururawat
membantu. Kelihatan sedikit marah. Shift malam memang tidak ramai jururawat.
Kerja yang banyak menuntut kesabaran yang tinggi buat mereka.
“Petang tadi anak-anak makcik mai melawat, awat tak
mintak depa salin siap-siap?” tanya jururawat.
“Waktu depa mai tadi makcik tak sakit perut lagi. Anak
makcik yang duk dengan makcik tu ada anak kecik tak boleh tunggu jaga makcik.
Anak-anak yang lain duduk jauh. Dulu awai-awai masa makcik teruk depa balik mai
tunggu dah”.
Terjawab persoalan di mana anak-anaknya.
Hujung minggu adalah anaknya yang datang menunggu.
Sedikit terkilan mendengar anak yang datang menunggu mengeluh kepada mak yang
sedang sakit.
“Dulu mak duk ICU, 8 hari 8 malam dah kami duk berkampung
tunggu”
“Ni sampai pagi tadi, demam, pastu kena mai jaga mak”
Antara kata-kata yang di sebut si anak.
Makcik Adawiyah sepatutnya sudah boleh bangun,
gerak-gerakkan kaki, turun dari katil dan berkerusi roda. Itu pesan Dr setiap
kali memeriksa dia. Namun, tiada yang membantu dan menyokong dia untuk berusaha
bangun.
**********
Siti, dimasukkan ke hospital akibat kecederaan pada buku
lali kaki kanan. Kemalangan di langgar kereta.
Masih muda, tingkatan 3. Sudah lebih seminggu di wad. Buku lali patah,
di operate masuk skru dan dawai. Dia suka mendengar lagu. Waktu dia rasa bosan
dan tidak rasa sakit, dia akan memasang lagu kegemarannya. Riuh lah wad dengan
lagu-lagu kegemarannya. Paling ketara, lagu Hidustan yang diminatinya.
Dia dijaga dengan baik oleh mak, ayah dan kakaknya.
Sebelah siang mak dan ayahnya akan datang. Membawa makanan, juga menguruskan
dirinya. Sebelah malam kakaknya pula datang menjaga.
Alhamdulillah, selepas 2 hari operation, dia sudah boleh
bangun dan bergerak menggunakan tongkat. Maknya sering memberi dorongan. “Kena
cepat boleh jalan, tak sakit, DR bagi balik rumah la” kata-kata semangat dari
maknya.
Jangkaan siti, keesokannya mesti dia dapat
balik rumah. Namun, ketika Dr memeriksa, kakinya bengkak. Tidak dapat lah
keluar wad lagi. Siti sedih.
**********
Jannah mendaftar masuk ke wad untuk rawatan susulan
kakinya. Kemalangan setahun lepas, kedua-dua kakinya patah. Kini, betis kaki
kanan sahaja yang belum baik sepenuhnya. Atas saranan Dr, dia bersetuju untuk
di operate memasukkan plat besi di betis kanan yang dahulunya tidak dapat
dimasukkan kerana luka yang banyak.
Kakak dan adiknya bergilir-gilir menjaganya di hospital.
Maknya telah kembali ke rahmatullah ketika kemalangan bersamanya setahun lalu.
Ada yang bertanya, sudah boleh berjalan dengan tongkat, kenapa nak masuk besi
lagi?. Jannah mahu kembali dapat berjalan tanpa tongkat. Saranan Dr, jika
masukkan plat besi, mungkin lebih cepat dapat berjalan tanpa tongkat. Usaha
semampunya, tawakkal pada Allah itu yang utama. Itu prinsip jannah.
Dia mengisi masa dengan membaca. Buku “Travelog Luka Air
Mata Syiria” yang di hadiahkan sahabat-sahabat menjadi penghibur ketika di wad.
Sehinggakan seorang Dr pelatih tertarik ingin meminjam buku itu.
Adiknya langsung tidak pulang ke rumah menjaganya selepas
di operate. Keadaan yang kurang stabil kesan dibius semasa operation menuntut
kekuatan melawan kesakitan serta perlukan penjagaan rapi. Adiknya menjaganya
dengan baik. Ahli keluarga yang lain juga memberi sokongan kuat.
Alhamdulillah, hari ke 2 selepas operation,
dia boleh berjalan dengan tongkat. Hari ketiga, semasa Dr memeriksa, luka
operation sudah kering,sakit sudah kurang, keadaan Jannah juga sudah kembali
stabil. Dia dibenarkan keluar wad. Jannah gembira dapat pulang ke rumah.
**********
Ubat
“Rasa ubat pahit, Rasa sihat Bahagia.”
Fungsi ubat adalah memberi kesembuhan. Doktrin minda
kita, ubat adalah pil- pil pahit itu sahaja. Justeru, mari kita bunga- bungakan
doktrin minda tentang ubat. Bunga punyai banyak kelopak. Bukan hanya satu.
Begitu juga ubat, bukan hanya pil- pil yang mengerutkan muka tika menelannnya.
Imam Ibnu Qayyim
Al-Jauziah rhm bercerita, gurunya; Ibnu Taimiyah rhm pernah ditimpa sakit sehingga beliau
terlantar.
Tabib bertanya kepada Ibn Taimiyah: “sikap tuan yang suka
membaca sehingga mengabaikan perkara lain akan menambahkan kesakitan”
Ibn Taimiyah rhm. Menjawab: “aku tidak mampu bersabar.
Apabila melihat kitab, pasti aku ingin membacanya. Adakah benar apabila hati
itu berasa gembira, ia akan membantu memulihkan kesakitan?”
Jawab tabib itu: “Benar sekali wahai tuan”
Ibnu taimiyah rhm berkata: “Aku berasa senang dan gembira
ketika aku membaca”.
Nah, situasi di atas memberi satu doktrin baru tentang
ubat kepada kesakitan. Rasa senang dengan perkara disukai menjadi ubatnya.
Kebahagiaan
Menyorot kisah
mereka di atas. Makcik Adawiyah, Siti dan Jannah. Mereka ketiga-tiganya
semestinya punya hasrat menggunung mahu kesembuhan. Mahu jalani aktiviti
kehidupan seperti mereka yang sihat bebas ke mana- mana. Ketika di wad, mereka
mendapat bekalan ubat-ubat atas nasihat Dr. Tapi, cukupkah pil-pil itu menjadi
pengubat?
Kuasa memberi kesembuhan adalah dengan izin Allah. Allah
ya Syafi. Namun, sebagai manusia kita perlu berikhtiar untuk sembuh.
Suntikan kesembuhan itu ada dalam diri
setiap daripada kita. Bagaimana kita melihat dan menghadapi ujian kesakitan
itu.
Bagaimana peranan ahli keluarga, sahabat-sahabat,
masyarakat sekeliling membantu memberi
sokongan.
Bagaimana dekatnya kita pada yang Maha mamberi
Kesembuhan.
Itulah suntikan –suntikan yang di perlukan. Pabila hati
bahagia diuji kesakitan, sokongan padu mereka-mereka yang terdekat, Doa dan
Tawakkal yang tinggi kepada Pentadbir seluruh alam, kesakitan akan terasa
ringan.
Ujian kesakitan itu perlu dilalui, itulah hakikat
kehambaan. Bahagia dengan kesakitan itu menyembuhkan. Percayalah, yakinlah,
ubat kepada kesakitan itu pelbagai bentuk. Tunjang utamanya adalah Biiz nillah
(dengan izin Allah). Ibnu Taimiyah
rhm gembira dengan membaca walaupun
sedang sakit. Hatinya bahagia. Kita?
Jika belum pernah diuji kesakitan, jadikan bekal agar
jika diuji tidak rebah meratapi kesakitan. Jika sedang diuji kesakitan,
motivasikan, suntikkan aura- aura positif, hadapi dengan rasa bahagia. Kerana
bahagia itu menyembuhkan J.
Nota labu-hijau: moga2 kalian yang membaca coretan ini
ringan untuk mendoakan mereka di atas. Moga diberi kesembuhan. Perkara yang paling
baik utk diberikan untuk orang lain adalah DOA. Mohon doakan. J
semoga tabah dalam menghadapi ujian kesakitan..
ReplyDelete