Saturday, March 23, 2013

Pintalah pada Pemberi…



Kereta Ferari jika rosak, nak di hantar ke mana? Mestilah kepada mereka  yang arif  mengenai kereta itu yang tahu membaikan kerosakannya.

Segala gajet yang tidak beroperasi dengan lancar, mahu siapa yang atasi ketidaklancaran gajet itu?  Mestilah di kenalpasti masalah serta di baiki oleh yang mahir mengenai gajet. Mereka yang memproduksikan gajet itu tahu di mana kelemahan dan kelebihan alat yang diperkenalkan.

Mereka memberi hasil ciptaan mereka untuk diaplikasikan oleh masyarakat dalam memudahkan aktiviti kehidupan. Namun ciptaan mereka tidak sempurna. Ada sisi kelemahan juga. Itu hakikat. Lantas, mereka hadirkan bersama manual penggunaan juga servis membaiki jika ada masalah.  Perkara yang jelas, meminta pada mereka yang memberi kemudahan itu untuk diperbaiki itulah jalan keluarnya.

Normal bagi alatan ciptaan manusia sifatnya begitu. Manusia pula bagaimana? Diciptakan manusia oleh Allah swt. Namun, berapa ramai di antara kita yang sentiasa mendekatkan diri, meminta kepada yang Maha Pemberi?

Meminta...

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad)tentang Aku, maka sesunguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.(Al-Baqarah: 186)

Terpatri kukuh dalam kalam Agung, seorang hamba perlu meminta kepada yang Maha Kuasa. Allah yang Maha Memberi. Allah yang Maha Pemurah. Allah yang Maha Penyayang. Jelas, terang lagi bersuluh, Dia yang menciptakan kita, Dia yang Mengetahui keperluan kita. Allah telah tunjukkan jalan kepada kita. Tinggal menekan pedal mahu meluncurkan jalan kehidupan ke jalan yang mana.

Dalam era ketidakterbatasan teknologi mencengkam minda, Iman harus utuh. Kepada siapa mahu dipinta Iman yang kebal? Kepada Allah lah tempat kita berdoa meminta  kebaikan hidup  di dunia dan akhirat. Tuntas, mintalah..memintalah..pintalah pada Pemberi.



Adab meminta.

Memohon apa- apa jawatan ada prosedur. Ada adab-adabnya. Mahu meminta kepada sesama manusia ada perkara- perkara yang perlu diikuti. Inikan pula mahu meminta kepada yang Maha Memberi.
Jika ingin berjaya dalam pelajaran, kita menelaah bersungguh – sungguh. Andai kita mahu doa kita Allah makbulkan, doa dengan penuh Yakin dan Kesungguhan itu perlu. Kalau kita lalai, doa bukan dengan sepenuh yakin dan kesungguhan, macam mana kita nak dapat? Jadi, YAKIN dan BERSUNGGUH- SUGGUH !

RENDAH DIRI, tidak perlu menjerit meminta kepada yang Maha Mendengar.

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang- orang yang melampaui batas” (Al-A’raf:55)

Peringatan penting yang kita kena selalu ingat, jangan masa susah sahaja kita nak meminta pada Allah. Masa senang kita lupa dengan nikmat yang Allah beri pada kita. Jangan KUFUR NIKMAT.

“Maka ketika melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu (kesenangan) untuk mereka. Sehingga ketika mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam putus asa. (Al-An’am:44)

Selain itu, jangan lupa BERWUDHUK, MENADAH TANGAN dan MENGHADAP KIBLAT.
Moga-moga permintaan kita di makbulkan Allah.

Konklusinya, pintalah pada pemberi. Pemberi terbaik buat kita adalah ALLAH.
“ ud’u ni astajib lakum” ( Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan aku perkenankan).
Tiada penafian lagi. Jelas lagi menjamin. Jadi, Pintalah..Pintalah..Pintalah.


:: Sekian lama blog ini tdk update. Mg ada manfaat buat diri juga pembaca. Kdg dlm kesibukan berusaha memajukan diri, lalainya diri drpd berodoa dan bertawakkal pada Allah. Ambil sedikit masa, muhasabah diri kita selalu ::





No comments:

Post a Comment