Saturday, November 16, 2013

KONGSIKAN ILMU YANG ADA !!!

Assalamualaikum. Sekian lama blog ini bersawang. Hari ini berpeluang menyapu sikit sawang di blog ni..hehe..
Jom baca sedikit perkongsian buat motivisi bersama :-)

Semasa menengah atas, saya ambik matapelajaran matematik tambahan.
Asal sebut sahaja matematik tambahan, mesti muka kelat ja semua masa tu.
sebab apa?
Boleh bilang dengan jari  berapa orang sahaja yang lulus dan muka-muka yang sama sahaja yang lulus pun.
Saya pula, lulus pun lepas-lepas sahaja.

Ada seorang rakan kelas saya ni, dia maintain sahaja. Memang selalu lulus dan agak menyenagkan markahnya. Jadi, saya teringinlah nak tahu macam mana dia study Addmaths ni.
Satu hari saya minta nak pinjam buku latihan dia. Buku latihan yang kedai jual ada past year tu. Masa ni semua ada buku latihan tu sebab cikgu kumpul beli untuk satu kelas.

Sangkaan saya, mestilah habis latihan dalam buku tu dia buat. Rupanya tidak. Kosong banyak daripada yang sudah buat. Pelik saya masa tu.

Saya meneruskan misi nak tahu macam mana dia boleh terror addmaths. Sehinggalah satu hari saya tengok dia sedang  tolong tunjuk cara nak buat soalan pada kawan kelas yang tanya dia. Banyak soalan yang berjawab dalam buku latihan kawan yang tanya tu, adalah tulisan dia.Bukan tulisan pemilik buku pun.
Saya tengok buku beberapa orang kawan kelas, banyak dengan tulisan dia.

Ha! Terjawab lah, dia banyak KOGSIKAN ILMU DIA, dia buat latihan dengan mengajar kawan-kawan lain. Itulah rahsia dia yang saya nampak.

#Saya kongsikan kisah ini buat motivasi kepada kita semua. Ada ilmu kena amal, kena kongsikan. Maka akan terhasil ‘practice make perfect’ secara tak langsung di situ kan???

:: LABu Hijau/RR Craft::





Friday, May 17, 2013

Jom DIY: Do It Yourself.Food Deco

Assalamualaikum..
hari ni kongsi food deco..
Lets DIY..
1. Roses drpd kulit buah:


2. Fish from fruit:

Selamat mencuba :)

Wednesday, May 15, 2013

Terima kasih cikgu..

Untuk guru-guru..
Untuk para pendidik.
Terima kasih di atas segala curahan ilmu kepadaku.
Moga kalian senantiasa di Rahmati Allah..
drpd: anak didik yang dahagakan ilmu..

Friday, May 10, 2013

Rejab sudah tiba..Ramadhan kini hampir..

Alhamdulillah, masih diizin Allah utk kita menyedut oksigen percuma rezeki daripada Ilahi
kepada setiap makhluk-NYa.
Lama rasanya blog ini tdk saya update..
Rindu rasanya ingin menukil sesuatu buat manfaat diri dan yg sudi membaca..
Sedar tidak sedar, sudah berada di Bulan Rejab 1434H.
Bulan ke-7 mengikut kalendar Hijrah.
lagi 2 bulan Ramadhan bakal bertamu..

mana-mana yg belum habis ganti puasa, ayuh! jgn bertangguh lagi.
mana-mana yg ada kemampuan, ayuh! berpuasa sunat..


 Ya Allah..sampaikanlah kami kepada Ramadhan..Amin..Amin..Amin..

:: Teratak MakAbah. 1 Rejab 1434H::

Saturday, March 23, 2013

Pintalah pada Pemberi…



Kereta Ferari jika rosak, nak di hantar ke mana? Mestilah kepada mereka  yang arif  mengenai kereta itu yang tahu membaikan kerosakannya.

Segala gajet yang tidak beroperasi dengan lancar, mahu siapa yang atasi ketidaklancaran gajet itu?  Mestilah di kenalpasti masalah serta di baiki oleh yang mahir mengenai gajet. Mereka yang memproduksikan gajet itu tahu di mana kelemahan dan kelebihan alat yang diperkenalkan.

Mereka memberi hasil ciptaan mereka untuk diaplikasikan oleh masyarakat dalam memudahkan aktiviti kehidupan. Namun ciptaan mereka tidak sempurna. Ada sisi kelemahan juga. Itu hakikat. Lantas, mereka hadirkan bersama manual penggunaan juga servis membaiki jika ada masalah.  Perkara yang jelas, meminta pada mereka yang memberi kemudahan itu untuk diperbaiki itulah jalan keluarnya.

Normal bagi alatan ciptaan manusia sifatnya begitu. Manusia pula bagaimana? Diciptakan manusia oleh Allah swt. Namun, berapa ramai di antara kita yang sentiasa mendekatkan diri, meminta kepada yang Maha Pemberi?

Meminta...

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad)tentang Aku, maka sesunguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.(Al-Baqarah: 186)

Terpatri kukuh dalam kalam Agung, seorang hamba perlu meminta kepada yang Maha Kuasa. Allah yang Maha Memberi. Allah yang Maha Pemurah. Allah yang Maha Penyayang. Jelas, terang lagi bersuluh, Dia yang menciptakan kita, Dia yang Mengetahui keperluan kita. Allah telah tunjukkan jalan kepada kita. Tinggal menekan pedal mahu meluncurkan jalan kehidupan ke jalan yang mana.

Dalam era ketidakterbatasan teknologi mencengkam minda, Iman harus utuh. Kepada siapa mahu dipinta Iman yang kebal? Kepada Allah lah tempat kita berdoa meminta  kebaikan hidup  di dunia dan akhirat. Tuntas, mintalah..memintalah..pintalah pada Pemberi.



Adab meminta.

Memohon apa- apa jawatan ada prosedur. Ada adab-adabnya. Mahu meminta kepada sesama manusia ada perkara- perkara yang perlu diikuti. Inikan pula mahu meminta kepada yang Maha Memberi.
Jika ingin berjaya dalam pelajaran, kita menelaah bersungguh – sungguh. Andai kita mahu doa kita Allah makbulkan, doa dengan penuh Yakin dan Kesungguhan itu perlu. Kalau kita lalai, doa bukan dengan sepenuh yakin dan kesungguhan, macam mana kita nak dapat? Jadi, YAKIN dan BERSUNGGUH- SUGGUH !

RENDAH DIRI, tidak perlu menjerit meminta kepada yang Maha Mendengar.

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang- orang yang melampaui batas” (Al-A’raf:55)

Peringatan penting yang kita kena selalu ingat, jangan masa susah sahaja kita nak meminta pada Allah. Masa senang kita lupa dengan nikmat yang Allah beri pada kita. Jangan KUFUR NIKMAT.

“Maka ketika melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu (kesenangan) untuk mereka. Sehingga ketika mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam putus asa. (Al-An’am:44)

Selain itu, jangan lupa BERWUDHUK, MENADAH TANGAN dan MENGHADAP KIBLAT.
Moga-moga permintaan kita di makbulkan Allah.

Konklusinya, pintalah pada pemberi. Pemberi terbaik buat kita adalah ALLAH.
“ ud’u ni astajib lakum” ( Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan aku perkenankan).
Tiada penafian lagi. Jelas lagi menjamin. Jadi, Pintalah..Pintalah..Pintalah.


:: Sekian lama blog ini tdk update. Mg ada manfaat buat diri juga pembaca. Kdg dlm kesibukan berusaha memajukan diri, lalainya diri drpd berodoa dan bertawakkal pada Allah. Ambil sedikit masa, muhasabah diri kita selalu ::





Sunday, January 6, 2013

Bahagia itu Menyembuhkan.


Tolakan troli membawa cadar, selimut, kain linen memberi signal pagi buat penghuni wad Orthopedik. Seragam berbaju putih siap sedia dengan tugas pagi mereka. Mengemas katil pesakit, menggantikan persalinan baru buat pesakit. Pesakit dengan seragam hijau pula, yang boleh menggagahkan diri bangun memberi ruang kepada para jururawat. Pesakit dirapikan sebelum para ber kot putih ‘round’ memeriksa keadaan pesakit.
Saat yang mendebarkan pesakit setiap hari di wad. Pelbagai tekaan bermain di minda.
Semakin sembuh kah? Semakin sakit kah?  Apakah pula rawatan selepas ini? 

Kisah Mereka.

Makcik Adawiyah sudah hampir sebulan menghuni rumah beraroma ubat itu. Dia terlibat dalam kemalangan ketika mahu ke kedai. Sebuah van melanggarnya. Betis kanannya patah dan terdapat luka-luka. Besi- besi tegak tercacak di kaki. Akibat lama tidak bergerak, jari ibu kakinya sudah kelihatan kehitaman. Darah tidak sampai ke situ.  Di tambah usianya yang sudah warga emas, juga menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dugaan kesakitan yang berat buatnya.
Jika dia perlukan bantuan untuk minum air atau mengubah posisi bantal atau sebagainya, sesiapa sahaja yang melewati katilnya dipanggil meminta pertolongan. Timbul persoalan, tiadakah anak-anaknya yang menunggu menjaganya?

Suatu malam, dia memanggil jururawat minta disalin pampersnya. Lama ditunggu. Selepas beberapa ketika datang 2 orang jururawat membantu. Kelihatan sedikit marah. Shift malam memang tidak ramai jururawat. Kerja yang banyak menuntut kesabaran yang tinggi buat mereka.
“Petang tadi anak-anak makcik mai melawat, awat tak mintak depa salin siap-siap?” tanya jururawat.
“Waktu depa mai tadi makcik tak sakit perut lagi. Anak makcik yang duk dengan makcik tu ada anak kecik tak boleh tunggu jaga makcik. Anak-anak yang lain duduk jauh. Dulu awai-awai masa makcik teruk depa balik mai tunggu dah”.
Terjawab persoalan di mana anak-anaknya.

Hujung minggu adalah anaknya yang datang menunggu. Sedikit terkilan mendengar anak yang datang menunggu mengeluh kepada mak yang sedang sakit.
“Dulu mak duk ICU, 8 hari 8 malam dah kami duk berkampung tunggu”
“Ni sampai pagi tadi, demam, pastu kena mai jaga mak” Antara kata-kata yang di sebut si anak.
Makcik Adawiyah sepatutnya sudah boleh bangun, gerak-gerakkan kaki, turun dari katil dan berkerusi roda. Itu pesan Dr setiap kali memeriksa dia. Namun, tiada yang membantu dan menyokong dia untuk berusaha bangun.
**********
Siti, dimasukkan ke hospital akibat kecederaan pada buku lali kaki kanan. Kemalangan di langgar kereta.  Masih muda, tingkatan 3. Sudah lebih seminggu di wad. Buku lali patah, di operate masuk skru dan dawai. Dia suka mendengar lagu. Waktu dia rasa bosan dan tidak rasa sakit, dia akan memasang lagu kegemarannya. Riuh lah wad dengan lagu-lagu kegemarannya. Paling ketara, lagu Hidustan yang diminatinya.
Dia dijaga dengan baik oleh mak, ayah dan kakaknya. Sebelah siang mak dan ayahnya akan datang. Membawa makanan, juga menguruskan dirinya. Sebelah malam kakaknya pula datang menjaga.

Alhamdulillah, selepas 2 hari operation, dia sudah boleh bangun dan bergerak menggunakan tongkat. Maknya sering memberi dorongan. “Kena cepat boleh jalan, tak sakit, DR bagi balik rumah la” kata-kata semangat dari maknya.

Jangkaan siti, keesokannya mesti dia dapat balik rumah. Namun, ketika Dr memeriksa, kakinya bengkak. Tidak dapat lah keluar wad lagi. Siti sedih.
**********
Jannah mendaftar masuk ke wad untuk rawatan susulan kakinya. Kemalangan setahun lepas, kedua-dua kakinya patah. Kini, betis kaki kanan sahaja yang belum baik sepenuhnya. Atas saranan Dr, dia bersetuju untuk di operate memasukkan plat besi di betis kanan yang dahulunya tidak dapat dimasukkan kerana luka yang banyak.

Kakak dan adiknya bergilir-gilir menjaganya di hospital. Maknya telah kembali ke rahmatullah ketika kemalangan bersamanya setahun lalu. Ada yang bertanya, sudah boleh berjalan dengan tongkat, kenapa nak masuk besi lagi?. Jannah mahu kembali dapat berjalan tanpa tongkat. Saranan Dr, jika masukkan plat besi, mungkin lebih cepat dapat berjalan tanpa tongkat. Usaha semampunya, tawakkal pada Allah itu yang utama. Itu prinsip jannah.

Dia mengisi masa dengan membaca. Buku “Travelog Luka Air Mata Syiria” yang di hadiahkan sahabat-sahabat menjadi penghibur ketika di wad. Sehinggakan seorang Dr pelatih tertarik ingin meminjam buku itu.
Adiknya langsung tidak pulang ke rumah menjaganya selepas di operate. Keadaan yang kurang stabil kesan dibius semasa operation menuntut kekuatan melawan kesakitan serta perlukan penjagaan rapi. Adiknya menjaganya dengan baik. Ahli keluarga yang lain juga memberi sokongan kuat.

Alhamdulillah, hari ke 2 selepas operation, dia boleh berjalan dengan tongkat. Hari ketiga, semasa Dr memeriksa, luka operation sudah kering,sakit sudah kurang, keadaan Jannah juga sudah kembali stabil. Dia dibenarkan keluar wad. Jannah gembira dapat pulang ke rumah.
**********

Ubat

“Rasa ubat pahit, Rasa sihat Bahagia.”

Fungsi ubat adalah memberi kesembuhan. Doktrin minda kita, ubat adalah pil- pil pahit itu sahaja. Justeru, mari kita bunga- bungakan doktrin minda tentang ubat. Bunga punyai banyak kelopak. Bukan hanya satu. Begitu juga ubat, bukan hanya pil- pil yang mengerutkan muka tika menelannnya.
 Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah rhm bercerita, gurunya; Ibnu Taimiyah rhm  pernah ditimpa sakit sehingga beliau terlantar.
Tabib bertanya kepada Ibn Taimiyah: “sikap tuan yang suka membaca sehingga mengabaikan perkara lain akan menambahkan kesakitan”
Ibn Taimiyah rhm. Menjawab: “aku tidak mampu bersabar. Apabila melihat kitab, pasti aku ingin membacanya. Adakah benar apabila hati itu berasa gembira, ia akan membantu memulihkan kesakitan?”
Jawab tabib itu: “Benar sekali wahai tuan”
Ibnu taimiyah rhm berkata: “Aku berasa senang dan gembira ketika aku membaca”.

Nah, situasi di atas memberi satu doktrin baru tentang ubat kepada kesakitan. Rasa senang dengan perkara disukai menjadi ubatnya.

Kebahagiaan
Menyorot  kisah mereka di atas. Makcik Adawiyah, Siti dan Jannah. Mereka ketiga-tiganya semestinya punya hasrat menggunung mahu kesembuhan. Mahu jalani aktiviti kehidupan seperti mereka yang sihat bebas ke mana- mana. Ketika di wad, mereka mendapat bekalan ubat-ubat atas nasihat Dr. Tapi, cukupkah pil-pil itu menjadi pengubat?
Kuasa memberi kesembuhan adalah dengan izin Allah. Allah ya Syafi. Namun, sebagai manusia kita perlu berikhtiar untuk sembuh. Suntikan  kesembuhan itu ada dalam diri setiap daripada kita. Bagaimana kita melihat dan menghadapi ujian kesakitan itu.
Bagaimana peranan ahli keluarga, sahabat-sahabat, masyarakat sekeliling  membantu memberi sokongan.
Bagaimana dekatnya kita pada yang Maha mamberi Kesembuhan.    
Itulah suntikan –suntikan yang di perlukan. Pabila hati bahagia diuji kesakitan, sokongan padu mereka-mereka yang terdekat, Doa dan Tawakkal yang tinggi kepada Pentadbir seluruh alam, kesakitan akan terasa ringan.
Ujian kesakitan itu perlu dilalui, itulah hakikat kehambaan. Bahagia dengan kesakitan itu menyembuhkan. Percayalah, yakinlah, ubat kepada kesakitan itu pelbagai bentuk. Tunjang utamanya adalah Biiz nillah (dengan izin Allah).  Ibnu Taimiyah rhm  gembira dengan membaca walaupun sedang sakit. Hatinya bahagia. Kita?
Jika belum pernah diuji kesakitan, jadikan bekal agar jika diuji tidak rebah meratapi kesakitan. Jika sedang diuji kesakitan, motivasikan, suntikkan aura- aura positif, hadapi dengan rasa bahagia. Kerana bahagia itu menyembuhkan J

Nota labu-hijau: moga2 kalian yang membaca coretan ini ringan untuk mendoakan mereka di atas. Moga diberi kesembuhan. Perkara yang paling baik utk diberikan untuk orang lain adalah DOA. Mohon doakan. J